Nur Misuari Hantar Cucu Saudara Untuk Berunding

Bangsat Kau Misuari! Lapan Pahlawan Kami Dibunuh...Hanya Nak Hantar CUCU SAUDARA Untuk Berunding??


Pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari memberitahu Malaysia bahawa beliau bersedia untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan isu pencerobohan ke atas Sabah, yang digerakkan oleh sekumpulan warga Filipina.
Ini perutusan saya kepada Perdana Menteri, (Datuk Seri) Najib Razak bahawa saya bersedia untuk menghantar cucu saudara saya untuk memulakan perbincangan,” kata Misuari kepada pemberita pada majlis sambutan hari ulang tahun ke-71 beliau, semalam.
Dipetik Rappler.com dan Star Online, Misuari berkata, beliau juga secara peribadi bersedia ke Malaysia untuk membantu menyelesaikan krisis semasa yang bermula awal bulan lalu susulan tindakan pengikut Sultan Sulu yang kini berkubu di Lahad Datu.
Katanya, Malaysia belum memberi respons ke atas tawaran beliau.