Penduduk
kawasan Tanjung Batu dan Tanjung Labian meninggalkan kampung mereka
beramai-ramai hari ini ekoran dakwaan bahawa kumpulan penceroboh yang
dikepung di Kampung Tanduo membolosi kawalan pihak keselamatan.
Seorang
penduduk kampung Gabril Asakil, 48, berkata seramai 50 orang penceroboh
memasuki kampung mereka di Tanjung Batu untuk mendapatkan barangan
keperluan.
Katanya, penduduk kampung keluar daripada kampung pada waktu malam dan hanya akan kembali pada waktu pagi.
"Apabila kami pulang pada waktu pagi, kami dapati mereka sudahpun menduduki kampung kami," katanya.
Gabril
berkata beliau pasti bahawa golongan yang menawan kampung tersebut
merupakan penceroboh dari Kampung Tanduo dan perkara ini disahkan oleh
penduduk yang tidak dapat melarikan diri.
“Penceroboh itu menghantar dua orang daripada orang kampung kami untuk membeli makanan, tapi tentulah mereka melarikan diri.
"Mereka memberitahu kami orang imi memang penceroboh dari Kampung Tanduo," katanya.
sumber