Sumber: Politik Filipina mungkin di belakang serangan Sulu


Keranda anggota polis Malaysia yang terbunuh pada hari Sabtu di Semporna di negeri Sabah dijalankan selepas ketibaan mereka di lapangan terbang di Subang. - Gambar Reuters

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Percubaan untuk melemahkan Presiden Filipina Benigno Aquino dalam pilihan raya penggal pertegahan pada Mei dan kawalan terhadap perundangan dwi dewan dikatakan menjadi sebab untuk serangan Kesultanan Sulu di Sabah, menurut sumber.
The Malaysian Insider  difahamkan, ahli politik Filipina mahu memberi tekanan terhadap Aquino menjelang pilihan raya presiden 2016 untuk mendapatkan pengampunan kepada bekas presiden Gloria Macapagal Arroyo yang kini di bawah tahanan di rumah kerana mensabotaj pilihan raya.
Sultan Sulu Jamalul Kiram III yang mengarahkan serangan militan untuk menuntut Sabah bulan lalu, bertanding sebagai senator dalam pasukan Arroyo pada pilihan raya 2007 tetapi kalah dengan 800 undi.
“Sesetengah pihak mahu melemahkan Aquino dalam pilihan raya penggal pertengahan untuk memastikan mereka mengawal Senat dan Dewan sebelum pilihan raya presiden 2016.
“Ini untuk memastikan Arroyo mendapatkan pengampunan kemudian,” kata sumber diplomatik kepada The Malaysian Insider.
Beberapa pengulas politik telah menyalahkan Aquino dengan cara Istana  Malacanang menguruskan situasi tersebut, mengatakan presiden penggal pertama itu, tidak memberikan sokongan kepada tuntutan kesultanan terhadap tanah nenek moyang mereka.
"Ini hanyalah politik tulen dan tuntutan Sulu juga politik," kata sumber yang berpangkalan di Filipina.
Aquino telah mengatakan Manila akan melihat kedalam tuntutan terhadap Sabah, tetapi menambah, sultan Sulu dan pengikutnya harus menghormati undang-undang Malaysia dan tidak meneruskan serangan. Beliau juga mengatakan, Filipina tidak membenarkan tentera peribadi, memberi jaminan Tentera Di Raja Kesultanan Sulu adalah tidak sah.
Secara kebetulan, Putrajaya juga telah menyalahkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana berhubung dengan keluarga kesultanan Sulu sebelum adik kepada Jamalul Kiram, Agbimuddin Kiram mendarat di Lahad Datu dengan pengikutnya pada 9 Febuari.
Akan tetapi militan Filipina telah menafikan sebarang hubungan dengan pembangkang di Malaysia, menjelang pilihan raya yang perlu diadakan sebelum akhir Jun.
Pasukan keselamatan Malaysia telah masuk ke kawasan pertempuran semalam untuk menamatkan kebuntuan dengan kumpulan Agbimuddin Kiram di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Jet pejuang mengaum melalui udara seperti meriam sebelum tentera bergerak untuk mengusir militan.
Putrajaya telah berkata operasi yang diberi kod nama Ops Daulat berjaya dan tiada kecederaan dilaporkan, tetapi menambah pasukan keselamatan masih mencari militan.
Lapan anggota polis Malaysia telah meninggal dunia lebih awal dalam dua pertempuran yang juga membunuh 20 militan di Semporna dan Lahad Datu, kedua-dua kawasan dengan jumlah besar penduduk berketurunan Sulu yang sama ada warganegara Malaysia atau Filipina.
Walau bagaimanapun, mereka dikatakan lebih setia kepada kesultanan, yang mempunyai lima pihak menuntut takhta. Malaysia masih membayar RM5,000 setahun kepada kesultanan untuk tanah nenek moyang yang mula dipajak ke Syarikat Borneo Utara pada abad ke-19.
Portal berita berpengaruh Rappler.com melaporkan sebelum bertanding kerusi senator, Jamalul Kiram merupakan anggota kepada Majlis Penasihat Perundangan dan Eksekutif (LEDAC) terhadap Tuntutan Sabah dan penasihat presiden Arroyo mengenai hal ehwal keluarga Di Raja Islam.
Pada pilihan raya 2007, Jamalul Kiram mendapat tempat ke 26 daripada 37 calon. Beliau mendapat 2.49 juta undi, atau 8.4 peratus undi yang diberikan kepada semua senator. Tetapi beliau kalah kepada senator Edargo Angara melebihi 800 undi. Sultan berumur 74 tahun itu mendapat 546,670 undi manakala Angara mendapat 547,507 undi.
Sejumlah 18,022 jawatan nasional dan kerajaan tempatan dipertandingkan termasuk 12 kerusi senator dalam pilihan raya tahun ini. Senat Filipina mempunyai 24 anggota yang berkhidmat selama enam tahun untuk satu penggal.